Thursday, February 16, 2012

ingatan untuk diri seniri..


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita  buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Wednesday, February 08, 2012

tolong kawan kita kena ikhlas
bocor rasa ikhlas..balasan yang ditagih nanti
jangan memberi jika tidak ikhlas..

apa yang diberi tidak akan dikenang
tapi si penerima takkan lupa untuk mengenang..
itu ikhlas namanya kawan


kamu..
seandai benar niat dihati ingin menyatukan
kenapa perlu berada disana sahaja
disini juga perlukan perhatian
kalau benar mahu jadi wira penyatuan
keadilan adalah yang paling penting kawan

mungkin apa yang terasa kini
pernah dirasai oleh orang lain
mudah sebenarnya..cuba lah untuk memaafkan
kita jugak tak sempurna mana..
bukan niat nak kata diri sempurna..

Dan aku tahu semua kejadian adalah dengan kehendak Allah -
jadi aku kena berlapang dada and doa agar semuanya baik-baik belaka.
Alhamdulillah