Thursday, June 20, 2013

mak abah

sikit sangat rasa syukur yang pernah diucap
kalau nak banding dengan apa yang Dia bagi
ampunkan aku Ya Allah

kawan-kawan yang hebat
suami yang paling baik
anak-anak pengubat duka lara
yang satu ni pulak
anugerah yang terpaling saya syukur
mak abah yang paling2 best
insan yang paling2 paham kami adik beradik
mak abah lah..Allahuakbar
terima kasih atas kuniaan ini

bila rasa tak sependapat dengan mak abah
dan rasa pendapat kita betul
kita ikut rasa kita
ujung2 mesti terdetik dalam hati
kalau la aku ikut pendapat mak abah
mesti tak jadi macam ni

sebab tu ada pepatah
'makan garam dulu '

mak abah insan yang paling memahami
bukan kami adik beradik saja aku rasa
dengan anak2 buah dia
aku rasa mak abah paling best
aku dapat rasa tu

seboleh-bolehnya sebagai anak
selagi mampu akan cuba senangkan hati
mak abah
sekalipun anak ini tak mampu nak bagi
limpahan wang ringgit
cukup rasanya senangkan hati
dan doa yang tak pernah putus setiap hari

terima kasih Ya Allah
kerana beri peluang untuk aku
merasai nikmat yang satu ni
nikmat paling indah
sayangnya saya pada mereka
tiada bandingan
sayangnya saya pada mereka
kerana Allah

syukur dengan nikmat yang satu ini

timakaseh baca

lovely mak abah




2 comments:

lily lotus said...

memang cair kalau cakap pasal makbapak ni kan :)

syeka sweetheart said...

lily lotus

serius cair..